Mengajar Anak & Diri Sendiri Bersopan Santun

Sopan santun ni adalah perkara yang ibubapa ajar dengan memberi contoh setiap hari. Sama ada kita sedar atau tak, mereka sedang memerhatikan kita. Semasa berbicara dengan pasangan, cakaplah dengan bersopan santun. Kalau dapat pesanan dari waiter di restoran, ucapkan terima kasih. Anak2 sentiasa memerhatikan kita dan mereka selalu mahu menjadi seperti kita. Dan kaedah ini lebih berjaya dari ajar mereka melalui buku, atau bawa mereka ke tempat ceramah

Sopan santun di meja makan
Hehe..macam la kat rumah ai ada meja makan kan nak cakap pasal meja makan. Walaupun makan atas lantai, cuba jugakla ajar anak2 agar bersopan santun kan. Kalau diorang2 yang selalu bawak anak pergi dinner kat hotel ke atau kat majlis2 formal kenalah jugak kot ajar etika makan kan. Benda basic yang patut diajar adelah, jangan bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan dan kalau nak paskan makanan, pas elok2 jangan main lempar aje dalam pinggan orang. Kalau nak lauk yang jauh jugak takleh sampai nampak gelojoh tapi mintak baik2.

Berbual Dengan Orang Yang Baru Dikenali
Kalau ikut budaya kita, selalu dah nak sampai atau dah nak balik, parents akan suruh kita salam dengan tuan rumah atau tetamu yang datang ke rumah kita. Boleh juga praktikkan kenalkan kita dengan orang itu. Kalau teringat ada baiknya juga kita pesan kepada mereka supaya menjaga tingkah laku semasa berada di rumah orang.

Menerima Hadiah
Tidak kira apa saja yang diberikan orang kepada kita, haruslah ajar untuk mengucapkan terima kasih. Kadang2 spoilt jugak bila tetiba je diorang berlaku jujur dengan mengatakan, "Ala...barang ni saya dah ada, saya nak yang lain!" So, jadi tugas kitalah untuk mengajar anak menerima seadanya pemberian orang tapi jangan le sampai nampak terhegeh2 pulak nak kan mende tu kan. Ia adalah sebagai tanda kita menghargai orang lain.

Berkongsi
Satu benda yang kita kena ajar, walaupun kita galakkan mereka untuk berkongsi permainan mereka, jangan pulak sehingga mereka rasa permainan orang lain juga adalah hak mereka. Permainan mereka bolehlah mereka offer pada orang tapi jangan mereka mintak benda orang lain pulak. Kalau ada sesetengah orang yang datang rumah kemudian rasa macam barang kita itu dia yang punya, maka ajarlah anak rela2 kan barang itu (pilih2 la weih...takkan dia mintak TV nak bagi jugak kan??) tapi kalau anak kita nak bawak balik barang orang, jangan bagi langsung. Ini pendapat saya lah. Sebab kami pun tak banyak barang dan kalau orang nak bawak mainan anak2 pun rasanya kami tak terkilan sebab barang2 kami biasa2 aje...takde yang branded pun. Tapi kalau nak bagi barang kita tu, tanyalah dulu pada anak. Kalau dah perasan dia asyik usung satu benda tu je ke hulu hilir jangan pulak bagi kat orang mainan tu.

So, kalau u all meet with impolite people , that means you have to blame their parents because
dunno how to teach their bloody rude child ...

You are the mirror of your parents .....Think Positively .....

Kredit - Zulinda Othman
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url