JPAM Dijangka Miliki 180,000 Anggota Menjelang Akhir Tahun Ini
Jumlah anggota JPAM di seluruh negara ketika ini adalah seramai 140,000 orang berikutan pendaftaran seramai 60,000 anggota baru pada enam bulan pertama tahun ini, katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri JPAM Perlis di Kangar, Sabtu.
Berikutan penambahan anggota, katanya, pihaknya sedang menubuhkan pejabat di setiap daerah bagi memudahkan sesi latihan untuk anggota baru.
"Setiap daerah mesti ada sekurang-kurangnya sebuah ambulans bagi memudahkan operasi JPAM," ujarnya.
Mengulas pembinaan Pusat Latihan JPAM bernilai RM18 juta di Perlis, beliau berkata ia dijangka siap November ini dan pusat latihan seumpama itu juga akan dibina di Anak Bukit, Kedah dan Beserah, Pahang, tidak lama lagi.
- BERNAMA
bilakah pengambilan ahli2 baru jpam 2012 di sabah.
Boleh terus menghubungi JPAM Sabah. Pengambilan dibuat sepanjang masa.