Top Ad 728x90

6,580 guru prasekolah dilatih tahun ini

PUTRAJAYA 20 Dis. - Kerajaan sedang melatih semula guru-guru prasekolah di seluruh negara bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti pendidikan awal bagi para pelajar di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Asariah Mior Shaharuddin berkata, setakat ini, seramai 6,580 guru-guru prasekolah swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah selesai menjalani latihan.

Katanya, dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan menyasarkan sebanyak 87 peratus kanak-kanak di negara ini perlu menjalani pendidikan prasekolah pada 2012 dan 97 peratus menjelang 2020.

"Sasaran yang dinyatakan itu boleh dicapai dengan syarat penyediaan guru-guru prasekolah berkualiti juga diberi keutamaan," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Daripada 6,580 guru yang telah dilatih, 3,299 guru dilatih oleh 10 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan pusat latihan swasta, sementara bakinya dilatih oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan guru (IPG).

Katanya, latihan yang ditaja oleh kerajaan ini bertujuan meningkatkan profesionalisme para guru dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah secara keseluruhan.

Menurut Asariah, syarat minimum iaitu mempunyai Diploma Pendidikan Awal kanak-Kanak (ECCE) untuk membolehkan menjadi guru prasekolah pada ketika ini tidak mencukupi dan latihan semula diperlukan.

Sementara itu, kerajaan akan melatih 21,000 guru prasekolah sepanjang tempoh 2010 hingga 2012 di bawah GTP untuk menampung 700,000 tenaga pengajar bagi pelajar prasekolah di seluruh negara.

"Sebelum ini, Kementerian Pelajaran telah meminta beberapa IPTS untuk menawarkan latihan kepada guru prasekolah secara dalam talian mengguna e-Perolehan.

"Antara IPTS yang terlibat ialah Kolej Segi, Kolej DiKA, Kolej Antarabangsa Taj, Institut Teknologi Info Sains Mahir, Kolej MCS, Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Kolej Uniti, Thames Technology, Iras Mewah dan Institut Megatech," katanya.

- UTUSAN

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90