Tiada Pengalaman Punca Mahasiswa Tak Jadi Usahawan
Beliau berkata pendedahan berterusan perlu diberikan kepada pelajar IPT supaya mereka mendapat gambaran dan mengetahui selok-belok perniagaan.
"Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ini adalah memberi pendedahan terus kepada pelajar. Kita perlu ajar mereka bagaimana hendak buat pemasaran, bagaimana mereka hendak mendaftar perniagaan mereka dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Perniagaan Malaysia antara IPT Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, Selasa.
Abdul Rahim berkata keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan pelajar berminat untuk menceburi bidang perniagaan sekaligus menjadikan ia sebagai kerjaya pilihan.
"Sesetengah keluarga mungkin tidak begitu memberi fokus pada bidang ini. Kita mesti membudayakan keusahawanan di luar kampus," katanya.
Kumpulan Usmec dari Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi tempat pertamadalam pertandingan itu. Tempat kedua ialah Kumpulan Mitec dari UniKL dan Kumpulan Tiara Enterprise dari Universiti Malaysia Terengganu mendapat tempat ketiga.
- BERNAMA