Top Ad 728x90

Viewpad - Inovasi tab pintar digital


Produk pengkomputeran tablet kini semakin diterima baik oleh para penggemar gajet digital moden.Hari demi hari, pelbagai spesifikasi, fungsi dan saiz komputer tablet diperkenalkan oleh syarikat-syarikat elektronik demi memenuhi permintaan pengguna.

Perkembangan positif itu telah mendorong syarikat penyelesaian komunikasi global, ViwSonic untuk turut memperkenalkan produk komputer tablet terbaru mereka.

Ditawarkan dalam dua model iaitu ViewPad 7 dan ViewPad 10, integrasi fungsi inovatifnya bakal melengkapkan aktiviti harian pengguna sama ada untuk tujuan bekerja mahu pun berhibur.

ViewPad 7 dipacu menggunakan sistem operasi Android 2.2 dengan capaian perkhidmatan rangkaian 3.5G HSDPA dan HSUPA.

Menurut Pengarah Urusan VierwSonic EMEA dan Rantau Asia Pasifik, Alan Chang, ViewPad 7 sesuai digunakan untuk pelaksanaan fungsi pelbagai seperti telefon bimbit pintar, komputer, permainan video dan buku elektronik.

''Dengan kelebihan ini, pengguna mampu melaksanakan pelbagai tugasan hanya menerusi satu peranti. Selain itu, mereka juga boleh memuat turun lebih daripada 100,000 aplikasi menarik.

''Menerusi platform Android 2.2, pengguna ditawarkan perkhidmatan nilai tambah seperti Google Mobiliti (GMS), Peta Googles, capaian Gmail dan sebagainya,'' katanya pada pelancaran media produk berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di samping itu, Viewpad 7 turut dilengkapi kamera web dua hala dengan resolusi tiga megapiksel dan lensa pemfokusan automatik.

Bagi memudahkan kawalan operasinya pula, model berkenaan disempurnakan bersama skrin sentuh intuitif bersaiz tujuh inci yang peka terhadap arahan melalui pergerakan jari.

Sesuatu yang menarik mengenai ViewPad 7, pengguna dapat mencari e-mel, dokumen, perisian dan laman web menggunakan teknologi arahan suara.

Penampilan spesifikasi lainnya adalah seperti perisian mengedit dokumen Document to Go, sistem penentu kedudukan global (GPS) binaan dalam dan menyokong storan kad memori microSD sehingga 32 gigabit (GB).

Untuk ViewPad 10 pula, ia menawarkan pilihan antara sistem operasi Windows 7 Home Premium atau Google Android dengan integrasi pemproses Intel Atom N455 dan cakera keras 16 GB.

Paparannya dilengkapi panel LED belakang beresolusi 1024 x 600, skrin sentuh mudah dan teknologi G-sensor.

Bagi fungsi multimedia, ia disempurnakan bersama kamera 1.3 megapiksel, mikrofon binaan dalam serta menyokong operasi sidang video.

ViewPad 7 dan ViewPad 10 kini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga masing-masing RM1,799 dan RM 1,999. Maklumat lanjut mengenainya, sila layari laman web www.viewsonic.com

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90