Kadar caruman berkanun KWSP 11 peratus
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, majikan perlu memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ditetapkan dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.
“Sebelum ini kadar caruman berkanun bahagian pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji Januari 2009 hingga Disember 2010,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.
Nik Affendi berkata, ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil tindakan, manakala caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal 12 peratus.
- BERITA HARIAN