Pelatih PLKN Diberi Keutamaan Lanjut Pelajaran Di UPNM
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata perkara itu dipersetujui oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada mesyuarat pasca kabinet kementerian itu, Rabu.
Bahagian Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia telah menerima sebanyak 2,716 permohonan ke UPNM daripada pelatih PLKN, katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) di Kem PLKN oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di kem Sri Perkasa di sini Khamis.
Beliau berkata temuduga khusus bagi pemilihan ke UPNM untuk para pelatih PLKN itu akan diadakan di Kem Terendak (Melaka), Kem Gemas (Negeri Sembilan) dan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dari 17 April hingga 23 April.
Mereka yang terpilih untuk memasuki UPNM akan diberi elaun sebanyak RM1,123.50 sebulan pada tahun pertama, katanya.
Penginapan, makanan, yuran pengajian dan pakaian juga diberi percuma oleh kerajaan Malaysia, katanya.
- BERNAMA