Budak magnet miliki kuasa sembuh penyakit


KOPRIVNICA, Croatia - Seorang budak berusia enam tahun, Ivan Stoiljkovic yang tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya.

Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang.

Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.

Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya.

- Agensi
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url