Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) versi buku
Sebagai insan yang bertanggungjawab menaikkan nama JJCM, penerbitan buku tersebut dirasakan bertepatan dengan status miliknya yang telah mengendalikan rancangan tersebut selama 12 musim.
Walaupun tidak lagi mengacarakan JJCM, keinginan Maria bagi menghasilkan buku tersebut sebenarnya telah lama disuarakan namun, baharu kini dapat direalisasikan.
"Oleh kerana faktor masa dan komitmen tugasan harian sebagai penerbit, saya terpaksa menangguhkan idea tersebut.
"Setelah berbincang dengan keluarga, saya akhirnya membuat keputusan untuk menerbitkan buku ini walaupun proses yang diambil hanya memakan masa selama kurang daripada dua bulan.
"Namun, ia dilaksanakan ketika saya sedang bercuti, jadi saya terpaksa mengorbankan cuti-cuti tersebut demi mendapatkan hasil buku itu yang memuaskan," jelasnya.
Buku setebal 77 halaman itu menggabungkan rangkaian restoran-restoran sekitar Lembah Klang yang pernah dikunjungi Maria dengan krew JJCM.
Pada harga hanya RM5, orang ramai akan dapat mengetahui lokasi-lokasi menarik yang menyajikan juadah istimewa sempena bulan puasa ini.
Hadir sama pada majlis pelancaran buku tersebut di Bora Ombak, Ampang, baru-baru ini ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Bakal menyusul tiba ialah buku panduan JJCM bersama Maria edisi makanan 1Malaysia dan JJCM Apa-Apa Sahaja yang akan menemui orang ramai November ini.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku-buku ini bolehlah melayari laman web www.jjcmmts.com atau menghubungi One C Resources (OCR) ditalian 011-1213 5350 / 011-1231 5350.