Top Ad 728x90

,

Keputusan PMR 2011 diumum pada Khamis, 22 Disember 2011


Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis, 22 Disember 2011.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90