JARING perkenal DDoS Armour
Ia kini menawarkan kepada para pelanggan korporat JARING yang kini menggunakan Akses Internet Dedikasi, Pusat Data Internet atau OneCloud (perkhidmatan Pengkomputeran Awan).
"Perkhidmatan JARING DDoS Armour diuruskan sepenuhnya oleh pasukan teknikal yang sangat berpengalaman di JARING, jadi tidak melibatkan kos perbelanjaan modal yang mahal bagi pelaksanaan perlindungan segera itu terhadap ancaman yang berpotensi kepada perniagaan dan rangkaian para pelanggan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob dalam satu kenyataan hari ini.
DDoS atau Distributed-Denial-of-Service merujuk kepada serangan atau cubaan untuk menaikkan lebih muatan dan melimpahkan komputer/rangkaian ke tahap menghalang perkhidmatan, yang kadang kala bagi tempoh masa sementara atau ada kala sehingga satu tempoh masa yang tidak ditetapkan.
— BERNAMA