Top Ad 728x90

Kawal helikopter guna minda


LOS ANGELES 17 Nov. - Kebiasaannya alat permainan kawalan jauh memerlukan alat kawalan khas dan perlu dikawal menggunakan pergerakan tangan.

Namun sebuah firma elektronik Amerika Syarikat (AS) mencipta helikopter permainan kawalan jauh yang dikenali sebagai Puzzlebox Orbit yang dikawal dengan menggunakan fon kepala khas.

Malah pengguna helikopter itu tidak perlu menggunakan tangan untuk menggerakkannya, sebaliknya mereka boleh menggunakan minda mereka untuk membolehkan alat permainan tersebut berfungsi.

Fon kepala model Neurosky berkenaan mempunyai ciri-ciri khas untuk mengesan gelombang otak pengguna yang akan mengawal pergerakan helikopter permainan terbabit.

Puzzlebox Orbit dihasilkan dengan tujuan melatih otak manusia menjadi tenang sebelum mengawalnya. Produk itu dijual dengan harga AS$299 (RM900) sebuah menerusi laman web Kickstarter.

Helikopter mainan itu juga mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang unik berbentuk sfera untuk melindungi kipas alat tersebut daripada patah atau rosak sekiranya merempuh dinding atau siling.

- AGENSI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90