Top Ad 728x90

,

Pembahagian Bantuan Sekolah, BB1M, BR1M dan SVTB1M Dijangka Selesai 31 Mac 2013

Pembahagian Bantuan Sekolah, BB1M, BR1M dan SVTB1M Dijangka Selesai 31 Mac 2013

Kerajaan menjangkakan dapat menyelesaikan empat pembayaran melibatkan bantuan persekolahan RM100, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M), selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013 ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) berkata, bagi BR1M 2.0, lebih 90 peratus permohonan telah diproses dan pembayarannya disasarkan dibuat selewat-lewatnya pada 28 Februari ini kecuali pendaftaran yang diterima selepas 31 Disember tahun lalu.

"Sehingga 13 Februari ini, seramai 1,411,951 isi keluarga dan 72,858 individu bujang telah menunaikan baucer yang dikeluarkan dengan peruntukan sebanyak RM724,190,000.

"Bagi yang ingin mengetahui kedudukan BR1M 2.0, mereka boleh menghubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana tarikh tutup pendaftarannya adalah pada 15 Mac ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyampaian SVTB1M peringkat Parlimen Tambun di sini hari ini melibatkan seramai 2,560 individu daripada keseluruhan 11,200 penerima di Perak.

Dalam pada itu, Ahmad Husni yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun berkata, sehingga semalam, seramai 26,089 penerima SVTB1M telah menerima baucer daripada 73,653 permohonan yang telah diluluskan.

Selain itu katanya, bagi bantuan persekolahan RM100 pula, sebanyak 5,240,485 murid telah menerima sumbangan berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM524,048,500.

"Bantuan kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajan telah selesai. Untuk sekolah swasta, sekolah agama negeri dan Sekolah Agama Rakyat (SAR), ia masih dalam proses dan dijangka selesai pembayarannya pada 31 Mac ini," katanya.

Tambah beliau, BB1M sebanyak RM250 yang kini sedang giat dijalankan turut disasarkan untuk dimanfaatkan oleh kira-kira 1.3 juta mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

Sumber : UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90