Skim Latihan Siswazah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - Tarikh Tutup : 15 Mac 2013
- Skim Latihan Siswazah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan adalah selama 12 bulan.
- ELAUN & KEMUDAHAN
-Pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM 750.00 setiap bulan.-Perlindungan perubatan sebagai pesakit luar di klinik panel dan hospital kerajaan. - SYARAT KELAYAKAN
-Masih belum mempunyai pekerjaan tidak lebih dari 12 bulan selepas graduasi dan tidak pernah mengikuti program Skim Latihan yang dianjurkan oleh mana-mana Badan Kerajaan atau organisasi lain.-Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Rekabentuk Multimedia, Grafik, Teknologi Maklumat (Multimedia), Sains Komputer atau mana-mana bidang lain yang berkaitan serta mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, susun atur dan visualisasi menggunakan Photoshop, Illustrator, Flash, Flash Action Script 2.0, HTML, XML, Camtasia CSS, Java Script. - SKOP LATIHAN
Membantu Pereka Kreatif, Pereka Multimedia dan Pembangun Kandungan dalam perancangan, pembangunan dan reka bentuk pengeluaran kandungan e-Pembelajaran dan bahan pengajaran melalui media digital menggunakan maklumat animasi, teks, gambar, video dan bunyi.
- CARA MEMOHON
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar resume, salinan Ijazah Sarjana Muda beserta transkrip lengkap, salinan sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sekeping gambar berukuran pasport pada atau sebelum 15 MAC 2013 ke alamat e-mel berikut :
skimlatihansiswazah@gmail.com
Salam nak tye..
Kalau dapat dorg hantar ke HQ atau cawangan KWSP yang ada?