Ahad cuti peristiwa di Kelantan
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata 11 Ogos dipersetujui sebagai hari pelepasan am bagi Kelantan untuk membolehkan rakyat negeri ini menyambut lebaran dengan selesa dan selamat bersama keluarga.
“Kerajaan negeri berharap rakyat negeri ini menyambut hari yang mulia ini dalam suasana gembira. Sentiasa berhati-hati di jalan raya, semoga dapat kembali bekerja pada Isnin (selepas cuti) seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di Kota Bharu, Kelantan.
Umat Islam di negara ini dijangka menyambut Aidilfitri, Khamis ini bersamaan 8 Ogos dengan sektor awam di Kelantan terus bercuti empat hari berikutan Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu di negeri ini.
- BERITA HARIAN