Gua Chiku di Kelantan dihiasi lampu neon

 

Gua Chiku 2 yang sebelum ini terbiar dengan semak-samun kini berwajah baharu selepas penambahbaikan infrastruktur dilakukan di kawasan tersebut.

Bakal membuka pintu pelancongan berskala besar kepada pengunjung dalam masa terdekat, Gua Chiku 2 dilihat dapat memberi nafas baharu selepas industri pelancongan negeri ini yang mengalami kerugian sebanyak RM2.6 billion akibat penularan Covid-19.

Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Chiku 2, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, Gua Chiku 2 kini diterangi dengan ratusan lampu neon yang bukan sahaja berpotensi sebagai kawasan pelancongan tetapi juga memberi sumber ekonomi kepada penduduk tempatan.

Katanya, gua yang mendapat pengiktirafan sebagai Gua Neon pertama di Kelantan oleh Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan menjadi destinasi terbaharu produk pelancongan di negeri ini.

“Gua ini terpaksa ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan ahli KAF Chiku 2 secara sukarela mengadakan gotong-royong bagi memastikan kebersihan dijaga.

“Kami giat melaksanakan kemudahan yang diperlukan di gua batu kapur ini dengan perbelanjaan melebihi RM100,000 sejak Oktober tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Gua Chiku 2, Felda Chiku 2.

Sumber : Kosmo!

 

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url