Cara Tebus eWallet Kredit Percuma RM150 ePemula
ePemula
RM150 dalam bentuk kredit e-tunai
Untuk warga Malaysia berumur 18-20 tahun / pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS
Apakah itu ePemula?
- Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk:
- Meringankan beban kewangan belia;
- Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
- Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal
- Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta
- Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai
- Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022
- Anda boleh menggunakan kredit RM150 ePemula untuk sebarang transaksi secara fizikal* di 1.2 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
- Pemindahan “peer-to-peer”;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi atas talian
- Inisiatif ePemula RM150 adalah untuk kegunaan secara fizikal*. Ini adalah sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PKS. *Walau bagaimanapun, baucar, coin, diskaun yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-Dompet sebagai insentif tambahan boleh digunakan dalam talian
Siapakah yang layak untuk mendapat ePemula?
- Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
- Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat
- Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan
Bagaimanakah cara untuk memohon untuk ePemula?
- Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
- Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan "Hantar"
- Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
- Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula
- Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada Soalan Lazim ePemula