Rahsia Lulus Ujian Psikometrik SPA
Ujian Psikometrik adalah ujian yang paling mudah untuk dijawab jika anda tahu apa maksud di sebalik soalan itu ditanya. Ia tak sama dengan Seksyen Pengetahuan Am ataupun Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.
Ujian ini biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
- Ya atau Tidak
- Betul atau Salah
- Ya atau Betul atau Tidak Pasti
- Sangat Setuju, Setuju, Tak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju.
Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk mencari seramai mungkin calon yang lulus. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon.
Hanya calon-calon yang berkualiti sahaja yang berjaya melepasi ujian ini.
Soalan memang nampak mudah. Tapi disebalik soalan yang mudah ini sebenarnya ianya sedang mengorek sikap-sikap negatif yang ada dalam diri anda. Soalan-soalan ini direka khas oleh pakar psikologi di mana ia direka untuk mengelirukan calon.
Mahukan Contoh Soalan & Rujukan Pantas Ujian Psikometrik? anda boleh dapatkan rujukan psikometrik ini : https://go.infotambahan.com/ujian-psikometrik/28