Al-Arqam 'berevolusi'

 


Pertubuhan Al-Arqam walaupun sudah difatwakan haram dan menyeleweng, namun menjadi antara ajaran sesat yang dikesan berevolusi dari sudut penjenamaan dan penampilan

Diasaskan Asaari Muhammad pada 1968, pertubuhan ini dikesan mempunyai rangkaian perniagaan padu sehingga membentuk beberapa syarikat, bermula dengan Rufaqa Corporation Sdn Bhd.

Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Al-Arqam mula ditubuhkan dengan misi kononnya untuk menyedarkan umat Islam agar lebih menghayati makna Islam.




"Ia mendapat perhatian pihak media kerana reputasi Darul Arqam ketika itu yang dilihat agak terkehadapan dalam menjana ekonomi mereka.

"Susulan itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memanggil Asaari untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu itu dan beberapa isu berkaitan Aurad Muhammadiah," kata laporan dalam portal MAIS.

saari bagaimanapun tidak mengaku menyebarkan Aurad Muhammadiah, tetapi tidak juga menyatakan mengamalkannya.

Beliau turut mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa dirinya pernah mengatakan, individu yang bertanggungjawab membawa Aurad Muhammadiah iaitu Syeikh Muhammad Abdullah al-Suhaimi meninggal dunia pada 1925 akan hidup semula sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman.

Dua buku itu juga diharamkan kerana dibimbangi mengeliru dan menyesatkan umat Islam.

Pada 1994 Asaari dan beberapa pemimpin kanan kumpulan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membuat pengakuan tentang penyelewengan Al-Arqam.

"Dia meninggal dunia pada 2010, selepas dibebaskan daripada tahanan tetapi dikenakan tahanan rumah," katanya.

Cubaan hidupkan semula

Mengulas lanjut, laporan MAIS menyebut, Ummu Jah dikesan cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah melalui Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn Bhd (SRC) ketika suaminya masih dalam tahanan ISA.

"Justeru pada 21 Disember 2006, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan dalam fatwa bertajuk Usaha-usaha menghidupkan semula Al-Arqam melalui Syarikat Rufaqa Corporation Sdn Bhd (SRC) dan Rangkaian Syarikat Gabungan.

"Syarikat ini dikesan membawa fahaman yang sama dengan al-Arqam sebagaimana difatwakan pada 11 Ogos 1994," katanya.

MAIS berkata, walaupun perisytiharan taubat daripada kumpulan ini, namun fatwa yang pernah diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tidak pernah ditarik balik kerana dipercayai masih ada saki-baki pengikutnya yang mengamalkan ajaran yang diharamkan ini.

Sumber : Berita Harian

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url