Top Ad 728x90

UPSR 2011: Terengganu kekal terbaik untuk kali ke-11

Terengganu terus mengekalkan pencapaian terbaiknya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-11 berturut-turut. Seramai 3,548 calonnya memperoleh semua A (15 peratus) daripada 22,801 calon, peningkatan 0.2 berbanding tahun lalu manakala gred purata negeri bertambah baik kepada paras 2.15 peratus.

Pencapaian 15.6 % meningkat sebanyak 0.2% berbanding tahun 2010 menjadikan Terengganu kekal sebagai juara UPSR untuk tahun ke-11. Begitu juga dengan pencapaian Minimun C telah meningkat kepada 71.1% berbanding 66.8%. Keputusan UPSR tahun 2011 bagi negeri Terengganu telah diumumkan oleh Encik Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Pengarah merakamkan rasa bersyukur dengan pencapaian berkenaan dan semua pihak yang memberikan sokongan ke arah kecemerlangan itu. Sebanyak 63 buah sekolah telah mencapai kejayaan cemerlang. Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu Tok Dor, Besut memperoleh pencapaian tertinggi peratus 5A iaitu sebanyak 66.67 %. Sementara pencapaian tertinggi Gred Purata Sekolah (GPS) ialah SK Dusun, Hulu Terengganu iaitu 1.23. Besut merupakan daerah terbaik dengan pencapaian 23.9%.

Keputusan keseluruhan UPSR 2011. http://myadha.blogspot.com/2011/11/46012-calon-upsr-2011-peroleh-5a.html

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90