Top Ad 728x90

Penyakit barah hati

Perkataan barah atau kanser itu saja sudah menakutkan apatah lagi jika ianya menyerang hati. Barah hati adalah antara barah paling biasa di seluruh dunia dan apa yang menyedihkan ialah kebanyakan kes hanya dikesan apabila ia sudah sampai ke peringkat serius.

Keadaan yang sama berlaku di negara kita kerana serangan barah hati tidak menunjukkan sebarang tanda sehinggalah ia memasuki peringkat ketiga atau keempat iaitu apabila fungsi hati terjejas teruk.

Di Malaysia, barah hati menduduki tangga ke-10 bagi lelaki dan ke-15 bagi perempuan. Dianggarkan bagi setiap 100,000 penduduk, 378 lelaki dan 150 wanita menghidap barah hati. Namun jumlah sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi kerana masih banyak kes yang tidak dilaporkan.

Menurut Perunding Onkologi Klinikal, Dr Chong Kwang Jeat, barah hati atau hepatoselular karsinoma (HCC) adalah jenis barah keenam yang paling menular di dunia dan punca ketiga kematian yang dikaitkan dengan kanser. Kes tertinggi berlaku di kalangan orang Cina diikuti Melayu dan India.


Kajian mendapati lebih 600,000 kes kanser hati disahkan di seluruh dunia setiap tahun dan angka ini terus meningkat. Angka kematian yang paling tinggi dicatatkan di Rantau Asia Timur terutama di China (anggaran 322,000 kematian daripada 346,000 kes) Jepun (36,000 kes),Taiwan (7,000 kes) dan Korea Selatan (5,000) kes berbanding Eropah (50,000 kes) dan Amerika Syarikat (13,000 kes). (rujuk jadual 1)

Taburan yang tidak sekata ini disebabkan faktor risiko utama barah hati iaitu jangkitan hepatitis B kronik yang lebih banyak berlaku di rantau Asia.

Lebih 90 peratus pesakit yang dirawat mempunyai masalah sirosis hati iaitu kerosakan sel hati dan kehadiran parut akibat jangkitan virus hepatitis B.

Jangkitan virus hepatis B inilah yang menyebabkan jumlah kematian tinggi di kalangan penduduk Asia Pasifik. Sehingga kini dianggarkan 275 juta penduduk di rantau ini menghidap jangkitan hepatitis B kronik.

Selain itu kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit menyebabkan jumlah kematian yang tinggi ini, apatah lagi barah hati tidak menunjukkan tanda jelas dan hanya muncul apabila penyakit sudah teruk iaitu ketika fungsi hati mulai terjejas.

Hati adalah organ dalam badan yang paling besar. Ia terletak betul-betul di bawah tulang rusuk kanan, di bawah paru-paru. Hati kita berbentuk seperti piramid dan terbahagi kepada dua bahagian - kiri dan kanan.

Tidak seperti organ lain, hati menerima bekalan darah dari dua sumber iaitu daripada arteri hepatik (membekalkan darah beroksigen) dan portal vena yang membawa darah mengandungi nutrien dari usus kecil ke hati.

Hati ada banyak fungsi dan antara yang penting ialah:

- Memecah dan menyimpan banyak nutrien yang diserap dari usus kecil.

- Menghasilkan faktor pembekuan darah (bagi menghentikan pendarahan apabila kita mengalami kecederaan)

- Merembeskan hempedu ke dalam usus kecil bagi membantu menyerap nutrien

- Menapis dan menyingkirkan sisa toksik dari badan

Barah hati terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Barah hati primer bermakna barah bermula di hati. Manakala barah hati sekunder bermakna sel kanser berasal dari organ lain dan merebak ke hati.

Bagaimana barah hati boleh terjadi? Dr Chong berkata ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit ini tetapi penyebab utama ialah jangkitan virus hepatitis B yang kronik sehingga menyebabkan sirosis.



Antara faktor risiko barah hati ialah:

- Jangkitan hepatitis B kronik (virus hepatitis B sangat mudah berjangkit melalui hubungan seks, pemindahan darah dan kelahiran; 100 kali lebih mudah daripada virus HIV)

- Jangkitan hepatitis C dengan kehadiran masalah sirosis hati

- Sirosis yang sudah merebak hingga jejaskan fungsi hati

- Obesiti

- Diabetes

- Merokok

- Penggunaan steroid dalam tempoh lama

- Jangkitan fungus

“Kebanyakan pesakit berusia dalam lingkungan 30 tahun ke atas kerana virus hepatitis B mengambil masa yang agak lama untuk merosakkan hati dan biasanya kerosakan ini berlaku dengan cepat. Lebih membimbangkan ialah peningkatan jumlah kes yang baru dikesan.

“Dalam kebanyakan kes barah hati peringkat awal tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala. Apabila ada gejala, itu menandakan barah hati sudah sampai ke peringkat serius. Inilah sebabnya individu yang berisiko tinggi disaran menjalani pemeriksaan,” katanya.

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengesan barah hati ialah ujian darah AFP iaitu untuk menguji kehadiran protein alfa-feto. Pesakit barah hati akan mempunyai tahap AFP yang tinggi.

Kaedah kedua ialah ujian pengimejan hati untuk melihat fungsi hati. Biasanya pesakit barah hati menunjukkan fungsi hati yang tidak normal (disebabkan kerosakan sel hati dan parut pada hati).



Antara gejala yang dialami pesakit barah hati ialah:

- Penurunan berat badan tanpa sebab

- Tiada selera makan berpanjangan

- Terasa sangat kenyang walaupun makan sedikit

- Ada benjolan keras pada bahagian kanan di bawah tulang rusuk

- Sakit sekitar bahu kanan

- Kulit menjadi kekuningan termasuk mata

- Abdomen atas (kanan) terasa tidak selesa

- Sentiasa berasa lesu dan tidak bermaya

- Mual

Semua gejala di atas hanya muncul apabila kanser sudah sampai ke peringkat serius yang menyebabkan kebanyakan pesakit lewat datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Sedihnya, pada peringkat ini penyakit sukar dirawat dan dalam kebanyakan kes peluang untuk hidup adalah kurang daripada satu tahun.

Katanya, sel kanser mempunyai ciri yang sangat unik kerana ia:

- Memasuki aliran darah yang memudahkannya merebak dan menyebabkan kerosakan pada organ lain

- Boleh hidup lama

- Mempunyai keupayaan untuk merebak pada sel organ lain (metastasis)

- Mempunyai kebolehan untuk menggandakan sel dan terus hidup

- Boleh membentuk salur darah baru (tidak normal) untuk mendapat oksigen dan nutrien bagi terus hidup (angiogenesis). Ia boleh digambarkan seperti pemasangan paip air baru untuk mencuri bekalan air daripada paip utama.



Rawatan

Menurut Pengarah Jabatan Ubatan Dalaman, Universiti Mainz, Jerman, Profesor Dr Peter Galle, barah hati adalah penyakit boleh membawa maut yang selalunya lambat dikesan. Pada umumnya barah dirawat dengan memberi ubat anti barah melalui kemoterapi dan radioterapi.

Bagaimanapun dalam kes barah hati, rawatan lebih mencabar kerana ketoksikan ubat anti barah meningkat apabila fungsi hati terjejas dan 70 hingga 80 peratus pesakit menunjukkan penerimaan badan yang lemah terhadap rawatan.

Beliau menggariskan empat strategi rawatan untuk barah hati iaitu perlindungan (melalui pengambilan vaksin hepatitis B), pengesanan awal (ujian), rawatan awal dan bertepatan serta rehabilitasi.

Rawatan barah hati bergantung kepada peringkat barah ketika penyakit dikesan.

Biasanya bagi kes barah hati peringkat awal pembedahan yang membabitkan pembuangan sebahagian hati yang diserang barah adalah kaedah terbaik. Malah peluang sembuh juga tinggi. Bagaimanapun secara purata hanya 15 peratus saja pesakit yang boleh dibedah.

Secara umum rawatan barah mempunyai enam kaedah iaitu pembedahan (tanpa penggantian hati), pembedahan penggantian hati (transplan), suntikan etanol, ablasi radiofrekuensi (pembakaran sel barah menggunakan gelombang radiofrekuensi), suntikan ubat kemoterapi pada salur darah yang membawa darah.

“Malangnya rawatan standard sedia ada tidak berkesan untuk merawat pesakit barah peringkat akhir. Sebelum ini pesakit barah hati peringkat akhir tidak mempunyai pilihan rawatan yang berkesan dan ramai mati dalam masa setahun selepas diagnosis disahkan. Kini dengan adanya ubat baru, sorafenib, peluang hidup dapat ditingkatkan sebanyak 44 peratus.

“Sorafenib adalah ubat yang dikhususkan untuk kes barah kanser peringkat teruk. Ia berfungsi menghalang penggandaan sel barah dan menghentikan pembentukan salur darah tidak normal. Melalui kaedah ini sel barah akan mati kerana ketiadaan oksigen dan nutrien,” katanya.

Perunding Onkologi Hospital Universiti Nasional Taiwan, Dr Chiun Hsu berkata peluang keterusan hidup pesakit barah hati pada umumnya adalah sangat rendah.

Berdasarkan keterusan hidup selama lima tahun, kajian seluruh dunia mendapati peluangnya adalah kurang daripada 10 peratus.

Kehadiran sorafenib memberi harapan baru kepada pesakit barah hati tetapi kajian perlu dilakukan ke atas penduduk Asia kerana penerimaan badan penduduk Asia terhadap sesuatu ubat tidak sama dengan penduduk Barat.

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas pesakit di Taiwan didapati sorafenib terbukti dapat membantu meningkatkan peluang hidup pesakit di negara berkenaan sebanyak 47 peratus.

Ubat yang diberikan dalam bentuk pil makan itu boleh dijadikan sebagai pilihan ubat untuk merawat kes barah hati peringkat teruk.

Berita baiknya, selain barah hati sorafenib yang bertindak secara sistemik (keseluruhan badan) itu juga kini digunakan untuk merawat barah buah pinggang peringkat teruk.

7 Comment:

  1. erm..pasni kne jg hati betol2 ek..thanx abg..=)

    BalasPadam
  2. casuarina :sakit x kalu kena bedah eyk???

    BalasPadam
  3. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

    BalasPadam
  4. kembalikan tubuh badan yang sihat bersama produk penyelidikan TRIPLE-T oleh Dr Azlan. Telah melalui kajian saintifik selama 7 tahun dan terbukti berupaya hasilkan sel-sel buah pinggang dan hati yang baru. Hubungi 0123288522 utk info lanjut.

    BalasPadam
  5. dptkan daun rerama asli bg merawat pelbagai penyakit kronik terutama kanser hanya rm50 30gm bleh kol atau what app sya utk info 0103321199

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum ...anda ada masalah barah/ kanser....boleh whatsapp saya 0176607841 untuk dapatkan tonik ajaib...inshaallah membantu...

    BalasPadam
  7. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser sebanyak 0.6 cm dan 0.8 cm sebulan mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90