Sejarah Kesan Cap Jari
Hal ini masih terdapat berkekalan diamalkan pada cop mohor raja ketika menerimapakai sesebuah dokumen secara sah.
Kepekaan tentang kesan cap jari ini dikemukakan secara saintifik pada tahun 1823 oleh J.E. Purkinje. Profesor Fisiologi ini membentangkan sebuah kertas kerja di Universiti Breslau tentang 9 tipa cap jari dan mengusulkan satu sistem klasifikasi tentang cap jari itu. Malangnya pembentangan kertas kerja profesor Purkinje tidak menarik minat hadirin.
Bewick, seorang pelukis plan, membuat ukiran berdasarkan dua cap jarinya. Ukiran cap jari ini dijadikan tandatangannya kepada hasil kerjanya.
Cap Jari mula diguna pakai pada tahun 1877 oleh Sir William Herschel yang ketika itu berkhidmat dengan perkhidmatan awam india. Sir Herschel mengarah para pesara menurunkan cap jari, sebagai tanda tangan, pada sehelai kertas apabila mereka menerima wang pesara (pencen). Dengan berbuat demikian Sir Heschel memastikan tidak ada pesara yang menerima wang pesaraannya lebih daripada sekali..
Teknik yang digunakan Sir Herscel diperbaiki Sir Frencis Galton dan diperkembangkan Edward Henry dalam bidang menjejaki penjenayah di Sotland Yard.
Sehingga kini cap jari masih diguna pakai di beberapa tempat pengurusan awam seperti pejabat pos dan bank dan khusus bagi mereka yang tidak biasa menununkan tandatangan.
Kajian dan penelitian mendapati bahawa setiap orang mempunyia cap jari yang tersendiri. Cap jari yang berpusar, melengkung, dan berligar. Kesan ini tidak akan berubah bentuknyasejak seorang itu kecil sehinggalah dia mencapai usia tua. Cap jari ini juga berkekalan sifatnya: bentuknya tidak boleh dipadam!
Tahukah anda, jumlah jari jemari anda mengandung keajaiban angka 19 ? (catatan: dengan mengabaikan ruas-ruas tulang pergelangan). Silakan anda hitung sendiri maka akan anda dapati sbb:
jari kelingking ==> ada empat ruas
jari manis ==> ada empat ruas
jari tengah ==> ada empat ruas
jari telunjuk ==> ada empat ruas
jari jempol (ibu jari) == > ada tiga ruas
----------------------- +
( 4 + 4 + 4 + 4 + 3 ) Total jumlah = 19 ruas