Pemakanan Semasa Kemoterapi
Kemoterapi ialah pengunaan ubat untuk merawat penyakit terutama sekali sel kanser yang telah merebak ke bahagian tubuh yang lain daripada tempat asal ia tumbuh.
Kemoterapi digunakan sebagai:
1. Mengubati kanser
2. Mencegah kanser daripada merebak
3. Melambatkan pertumbuhan kanser
4. Membunuh sel kanser yang telah merebak
5. Melegakan kesan yang disebabkan oleh kanser
Apa terjadi semasa Kemoterapi?
1. Kekurangan sel darah merah
2. Hilang selera makan
3. Mengalami loya dan muntah-muntah
Makanan yang disyorkan semasa Kemoterapi
1. Nasi, roti, mihun, laksa, ubi kentang, keledek, ubi kayu
2. Ikan, daging, ayam, telur, susu, susu soya, tempe
3. Buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang, nangka serta
sayur- sayuran seperti sawi, bayam, kobis, labu, bendi
4. Air serta lain-lain jenis minuman
5. Makanan yang tinggi lemak dan minyakhendaklah diambil
sedikit sahaja
Cadangan pemakanan semasa menghadapi kesan sampingan
a. Kurang selera makan
- Makan apa sahaja makanan yang boleh dan biasa anda
makan, jika anda mengalami selera makan
- Elakkan minum air semasa makan
- Sebaik-baiknya ambillah makanan seperti nasi, roti atau
biskut, kentang, sayur-sayuran, daging, ikan, telur dan
buah-buahan supaya badan memperoleh semua zat makanan
yang diperlukan
b. Rasa loya dan muntah
- Jika anda mengalami rasa loya dan muntah-muntah, cubalah
elakkan daripada memakan:
i. Makanan berlemak, masak kari, masakan bergoreng,
makanan pedas, makanan keras (kekacang), makanan yang
mengeluarkan bau yang kuat seperti bawang, budu dan
belacan.
ii. Makan makanan kering seperti biskut lemak, roti bakar atau
bijirin kering setelah bangun pagi dan setiap beberapa jam
pada siang hari.
Keselamatan Makanan
1. Jangan membeli produk makanan yang melepasi tarikh luput
2. Jangan membeli makanan tin/paket yang sudah rosak
3. Pilih buah dan sayur yang masih segar
4. Jangan membeli telur yang telah retak
5. Simpan segera barang makanan dan jangan tinggalkannya di
dalam kenderaan atau di tempat yang terjemur panas.
Cara Menyediakan Makanan
1. Masak makanan seperti telur, daging, ikan dan ayam sehingga
betul-betul masak.
2. Gunakan sudu atau senduk berlainan untuk merasa dan
mengacau makanan
3. Cuci buah dan sayur bersih-bersih sebelum mengupas atau memotongnya.
Apa yang sepatutnya anda lakukan semasa Kemoterapi?
1. Makanlah sesuatu sebelum menerima rawatan
2. Makan makanan yang berzat kerana makanan tersebut dapat
menambahkan tenaga
3. Banyakkan minim air
4. Sekirannya anda sukar untuk makan, cubalah makan makanan
lembut, sedikit-sedikit tetapi kerap
5. Kurangkan pengambilan bergoreng atau berminyak kerana makanan ini sukar dihadamkan
6. Apabila anda berasa sihat dan selera makan anda bertambah baik makanlah seperti biasa