Top Ad 728x90

Sindiket curi maklumat akaun bank dibongkar


Polis Bukit Aman membongkar kegiatan satu sindiket yang mencuri maklumat akaun bank individu dan membuka akaun baru menyamai milik mangsa sebelum mengeluarkan wang mereka.

Anggota sindiket itu didapati menggunakan MyKad palsu bagi membolehkan mereka membuka akaun baru dan kemudian memohon dipautkan dengan akaun asal mangsa, untuk mendapat akses kepada akaun berkenaan sebelum mengeluarkan wang mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun, berkata siasatan setakat ini mendapati sindiket itu sudah mengeluarkan beratus ribu ringgit milik pemegang akaun yang tidak menyedari perbuatan itu.

"Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai menganggotai sindiket itu di Selangor, baru-baru ini dan memburu empat lagi rakannya, termasuk dalangnya dikenali Chan Sek Man, 38.

"Lelaki itu ditahan selepas polis menjalankan siasatan terhadap sembilan laporan kehilangan wang daripada akaun mangsa yang diterima di ibu negara membabitkan dua atau tiga bank berlainan.

"Siasatan mendapati selepas mencuri identiti pemilik akaun bank, suspek yang menggunakan MyKad palsu, membuat lesen memandu dan membuka akaun menyamai akaun asal mangsa untuk mengeluarkan wang berkenaan.

"Kita menyiasat kes ini dari semua sudut (termasuk pembabitan orang dalam)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Perdana di sini, semalam.

Koh berkata, polis kini memberi tumpuan mengesan Chan yang beralamat di No 10, Lorong Bendera 2A-4, Taman Seri Bukit Bendera, Mentakab, Pahang, selain seorang lagi dikenali sebagai Ah Seng serta dua wanita.

Sementara itu, Koh berkata, polis turut menumpaskan tiga sindiket yang menjalankan aktiviti penipuan, pengklonan dan penjualan data kad kredit dalam dan luar negara, yang mengakibatkan 22 bank dan tujuh syarikat penerbangan menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.

Beliau berkata, 14 orang berusia 21 hingga 44 tahun, termasuk empat wanita ditahan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

- Berita Harian

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90