Top Ad 728x90

SPR dalam proses bersih daftar pemilih

Waris kepada pemilih berdaftar yang sudah meninggal dunia diminta menghantar salinan sijil kematian atau permit pengebumian kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai bukti bagi membantu usaha membersihkan senarai pemilih sedia ada.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata mereka boleh menghantar salinan berkenaan secara pos atau faks atau menghantar sendiri ke Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ibu pejabat SPR di Putrajaya.

“Kita mengalu-alukan kerjasama waris si mati untuk memaklumkan mengenai pemilih berdaftar terbabit. Ia penting bagi memastikan daftar pemilih dapat dibersihkan daripada senarai mereka yang sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Sabri berkata, pemilih berdaftar juga digalakkan menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 untuk membuat pembetulan bagi kesilapan yang tidak disengajakan, terutama dari segi ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina dan nombor rumah pemilih.

Menurutnya, jika pemilih mengenal pasti terdapat sebarang kesilapan dalam data terbabit, mereka boleh membuat pembetulan dengan menghantarnya menerusi laman web www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ibu pejabat SPR di sini.

“Pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi lebih dekat dengan tempat kediaman masing-masing,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi tempoh 1 Julai hingga 20 September mengandungi 30,731 pemilih membabitkan 24,531 permohonan pemilih baru dan 6,200 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

SPR mengeluarkan 26,850 pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab seperti bertukar alamat, meninggal dunia dan dilucutkan hak warganegara.

“Dengan pengesahan DPT suku Ketiga 2008 yang diwartakan pada 28 November ini, jumlah pemilih berdaftar seluruh negara termasuk Daftar Pemilih Induk 2007, DPT Suku Pertama 2008, DPT Suku Kedua 2008 10.99 juta,” katanya.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90