Tuanku Mizan bangga pencapaian graduan UiTM

Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bangga selain berpuas hati dengan pencapaian graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mempunyai peratus kebolehpasaran tertinggi dibandingkan dengan graduan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain.

Dalam masa sama, baginda turut bangga kerana pencapaian berkenaan berterusan setiap tahun.

“Beta percaya, ia adalah hasil amalan sistem dan pendekatan akademik yang berkualiti tinggi serta komitmen setiap warga UiTM.

“Beta juga yakin, graduan UiTM boleh bertugas secara profesional di mana saja, sama ada di agensi kerajaan, syarikat swasta tempatan serta antarabangsa, sama ada di dalam juga di luar negara. Tidak kurang pula yang menjadi usahawan, bekerja dan berniaga sendiri,” titahnya di Majlis Konvokesyen UiTM ke-69, di Dewan Seri Budiman, semalam.

Turut hadir, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Sebanyak 19 sidang diadakan pada konvokesyen kali ini dengan 8,484 graduan akan menerima diploma, ijazah sarjana muda (7,255 ), diploma lepasan ijazah (52), ijazah kursus luaran (114 ), ijazah sarjana (507) manakala 13 graduan pula mendapat gelaran doktor falsafah.

Baginda turut bertitah, lepasan UiTM yang sudah berjaya supaya tidak lupa menyumbang kembali kepada IPT berkenaan dalam apa cara sekalipun untuk menjamin kesinambungan kecemerlangannya.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url