Lubang hidung mu tetap menjadi pujaan hatiku

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya.Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita. Macam-macam dia bikin. oleh itu bersihkanlah.

Cara nak bersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil. Bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal. Boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal daa)

Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan le banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu. Boleh lemas tu kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian allah dan dapat menghidu bau syurga.(ini bergantung kpd amalan masing-masing)

Akhir kata. "Walaupun dirimu tidak kukenal! Tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku."

hahaha...
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url