AirAsia tawar tambang RM9 sehala
Menurut Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan, jualan itu akan bermula esok sehingga 18 Januari untuk tempoh penerbangan bermula 9 Februari hingga 30 Jun tahun ini.
''Tawaran jualan yang menarik itu ditawarkan kepada semua destinasi AirAsia ke rantau Asia selepas berlepas dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Johor, Bangkok, Jakarta dan Bali,'' katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Jelas beliau, hanya serendah RM9 untuk perjalanan sehala pelanggan boleh terbang ke destinasi kegemaran masing-masing iaitu ke Singapura, Langkawi, Pulau Pinang, Alor Star, Kota Bahru dan Johor Bahru melalui pusat di Kuala Lumpur.
Destinasi popular yang turut terbabit dalam tawaran jualan itu ialah Kota Kinabalu, Kuching, Phuket, Krabi, Medan dan banyak lagi dengan harga serendah RM59 bagi perjalanan sehala.
Destinasi popular lain pula ditawarkan pada harga RM99.00 untuk perjalanan ke Bali, Chiang Mai, Macau dan Shenzen.
Bagi perjalanan jarak jauh yang ditawarkan oleh AirAsia X pula membabitkan perjalanan ke Hangzhou dan Perth pada harga RM259, Melbourne, Gold Coast bagi harga RM499 malah perjalanan baru ke London pula adalah hanya RM999.
''Dengan lebih 100 laluan untuk dipilih, kami percaya kami menyediakan untuk pelancong riadah dan perniagaan, memberikan mereka lebih banyak pilihan dan keanjalan dengan tambang murah kami yang tidak boleh diatasi dan kekerapan penerbangan yang luas,'' jelasnya.
Tambah beliau, tawaran itu hanya boleh dipohon melalui tempahan internet di www.airasia.com