Isu royalti sudah selesa, tidak perlu debat - Wan Farid (PRK Kuala Terengganu)

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid berkata, debat terbuka tidak perlu bagi membahaskan isu bayaran royalti minyak atas alasan ia merupakan isu yang telah pun selesai.

"Apa yang dihajatkan oleh PAS telah pun ditunaikan oleh kerajaan... jadi apa lagi hendak dibangkitkan," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sebagaimana dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebelum ini, Wan Ahmad Farid berkata, soal royalti telah diselesaikan.

Ini termasuklah sebahagian bayaran wang royalti sebanyak RM408 juta oleh kerajaan pusat yang disampaikan oleh Najib awal bulan lalu, katanya.

Lagipun kata beliau, belum ada undangan untuk menyertai debat tersebut.

"Setakat ini tiada apa-apa undangan dan kalau ada pun tidak akan menyertainya," kata beluau.

Beliau mengulas kenyataan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) tengah hari tadi bahawa pihaknya akan mengundang Wan Ahmad Farid dan calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut untuk berdebat mengenai isu berkenaan pada Khamis ini.

- mstar
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url