Kemesraan pemimpin BN & Pakatan Rakyat di Penamaan Calon
Mereka hadir dengan satu tujuan iaitu untuk memberikan sokongan moral kepada calon masing-masing yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Semalam adalah hari penamaan calon manakala 17 Januari pula adalah hari pengundian.
Ketibaan calon pula turut diiringi pemimpin kanan kedua-dua parti. Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin kanan BN manakala calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut didampingi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
Ketika suasana antara penyokong menjadi ‘agak panas’ tetapi di perkarangan Stadium Negeri yang menempatkan tiga buah khemah untuk pengiring calon, suasananya jauh berbeza.
Khemah BN dan Pas yang diletakkan sebelah menyebelah telah membolehkan pemimpin kedua-dua parti biarpun berbeza ideologi, bertegur sapa.