MCA bidas DAP dan PAS isu hudud

MCA hari ini mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas sama ada hasrat untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini boleh menjejaskan bukan Islam di negara ini.

Naib Presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen berkata PAS enggan untuk menyatakan sama ada hukum itu meliputi semua kaum.

Beliau juga membidas parti pembangkang yang lain seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak menyatakan dengan jelas pendirian mereka berhubung perkara itu.

"Sama ada anda setuju atau pun tidak. Ini merupakan perkara yang paling asas (terutama ketika bercakap mengenai isu penting)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen pendaftaran orang kurang upaya di sini, Sabtu.

Dr Ng, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kegagalan PAS menyatakan pendirian mereka dengan jelas bagaimana mereka akan melaksanakan hukum Hudud itu telah menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat bukan Islam.

"Kenyataan oleh DAP dan PKR telah menimbulkan banyak kekeliruan daripada membuat penjelasan mengenai isu. Oleh itu, adalah sukar bagi masyarakat bukan Islam percaya kepada mereka," katanya.

- mstar
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url