Padah mewarna rambut

Saintis sedang mengkaji tahap bahaya pencelup rambut
"hair dye" yang menjadi kegilaan orang Melayu sekarang
ini.

Yang paling membimbangkan mereka yang menggunakan
pencelup rambut setiap empat ke enam minggu.

Yang merunsingkan saintis ialah dua bahan yang
terdapat dalam pencelup rambut iaitu
para-phenylenediamine dan
tetrahydro-6-nitroquinoxaline.

Bahan kimia ini telah terbukti mendatangkan kemusnahan
pada kandungan genetik dalam badan, dan mengakibatkan
kanser pada haiwan.

Ini bukanlah pertama kali bahaya mengenai pencelup
rambut ini diketengahkan, yang sebelum ini dikaitkan
dengan penyakit saraf "arthritis" dan mendatangkan
kecacatan pada bayi dalam kandungan.

Satu kajian telah dijalan di University of Southern
California dimana mereka mengenal pasti wanita yang
menggunakan pencelup rambut sekurang-kurang sekali
setiap bulan adalah tiga kali ganda risiko mereka akan
menghadapi kanser pembuluh darah.

Seramai 13,600 orang disahkan menghidapi kanser
pembuluh darah di UK pada setiap tahun yang membunuh
4,850 orang.

Kepada kita orang Melayu yang mengaku Islam,
bersyukurlah kepada Allah yang telah memberikan kita
rambut hitam yang cantik. Sekiranya kecantikan
kurniaan Allah ini diubah-ubah , maka kita sendiri
yang mengundang musibah.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url