PAS rancang anjur solat hajat besar-besaran (PRK K.Terengganu)

PAS Terengganu akan mengadakan sembahyang hajat dalam waktu terdekat di sini di sebalik kesibukan pilihan raya kecil kerusi Kuala Terengganu dalam skala besar-besaran.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Abu Bakar Chik yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan mengundang ulama-ulama utama termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata beliau, ia adalah program terbuka kepada semua termasuk pemimpin-pemimpin Umno, ahli-ahlinya serta penyokong mereka.

Kata beliau, ia juga akan disertai oleh ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

"Kami merancang untuk mengadakannya dalam waktu terdekat. Kain rentang dan notis jemputan akan dikeluarkan untuk semua umat Islam.

"Hasrat dan matlamat solat kali ini ialah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia," katanya.

Abu Bakar berkata, sembahyang hajat bukan program politik dan ia tiada kaitan dengan sentimen politik semasa di sini yang berhadapan dengan pilihan raya kecil.

- mstar
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url