Tarian Singa Kesun jelajah Terengganu


Kelab Kebudayaan dan Sukan (Kesun) Kuala Terengganu akan mengadakan persembahan tarian singa dan gendang sempena Tahun Baru Cina di beberapa daerah di negeri ini bermula Jumaat ini.

Presiden Kesun, Alex Ong berkata, persembahan tarian singa dan gendang itu ditaja oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama syarikat Kasut You dan Pasaraya You Hoe Dungun.

Menurutnya, persembahan tarian berkenaan yang akan dilancarkan secara rasminya di Mydin Mall di sini Jumaat ini agak unik dan mempunyai kelainan tersendiri berbanding di negeri lain.

''Persembahan tarian singa itu kemudian akan diadakan di kedai-kedai di sekitar bandar ini pada 24 Januari, Tanjong Jara Beach Resort di Dungun (27 Januari), Hotel Grand Continental (30 Januari), Jertih (5 Februari) dan Emporium Hock Kee Seng (9 Februari).

''Tarian singa ini mengandungi enam ekor kepala singa iaitu bersaiz dewasa sebanyak lima ekor dan seekor remaja," katanya pada sidang akhbar sempena majlis perasmian Tarian Kepala Singa dan Gendang di Mydin Mall di sini semalam.

Hadir sama ialah Penolong Pengurus Mydin Mall Kuala Terengganu, S. Balasundram.

Alex berkata, pihaknya mengambil pendekatan untuk mengadakan persembahan tarian singa di setiap lokasi serta daerah terbabit bagi memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan program itu.

''Sebanyak 28 ahli Kesun terlibat dalam program yang menelan kos kira-kira RM35,000 itu yang akan diadakan selama sebulan," katanya.

- Utusan
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url