Warna-warni automotif 2008

Tahun 2008 telah melabuhkan tirainya sambil membawa sinar tahun 2009 yang diramalkan suram lagi malap untuk industri automotif sejajar iklim ekonomi dunia yang dijangka berkabus, mendung lagi mendebarkan.

Itu tahun hadapan, ruangan Enjin minggu ini, dalam semangat untuk menghadapi tahun hadapan dengan penulisan berita-berita lebih menarik yang menggegarkan dunia permotoran sedunia mengimbau apa yang berlaku sepanjang tahun 2008.

Antara yang utama ialah pemergian mengejut legenda automotif negara, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dari Kumpulan Naza, pengenalan kereta termurah dunia, Nano oleh Kumpulan Tata dari India dan pengiktirafan antarabangsa ke atas model-model berjenama tempatan iaitu Proton, Perodua dan Naza.

Selain itu, rakyat negara ini terutamanya peminat permotoran boleh mengharap pembentangan kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) pada pada suku pertama, Proton mengeluarkan kereta elektrik yang menggunakan bateri dan menelan belanja 18 sen sekilometer di samping Hicom-Chevrolet Sdn. Bhd. (Hicom-Chevrolet) mengimport kereta jenis model Chevrolet Optra yang menggunakan sistem gas asli padat (CNG) ke Malaysia pada tahun depan.

* Januari

- Proton mengembalikan nostalgia kelahiran pertama keretanya 23 tahun lalu apabila melancarkan model ke-16 dengan nama ‘Saga’ yang menggunakan enjin Campro 1.3 liter pada harga antara RM31,500 sebuah (termasuk insurans) hingga RM39,998 sebuah.

- Kumpulan Tata mencuri perhatian masyarakat dunia menerusi pengenalan kereta kecil Nano dengan tawaran harga serendah AS$2,500 atau RM8,660 sebuah yang menjadikan ia sebagai kereta empat tempat duduk.

- Britain mencipta rekod baru apabila nombor pendaftaran F1 milik Majlis Daerah Essex berjaya dijual pada harga 375,000 pound sterling atau RM2.3 juta kepada seorang ahli perniagaan, Afzal Khan, lebih tinggi berbanding plat M1 yang dijual pada harga 331,000 pound sterling atau RM2.12 juta.

* Februari

- MAN Group, pengeluar kenderaan, enjin dan mesin terkemuka dari Jerman menubuhkan pejabat barunya di Malaysia dengan pembukaan MAN House di Kuala Lumpur bagi menjadi pusat bagi platform jualan dan perkhidmatan empat syarikat di bawah satu induk di Malaysia – MAN Ferrostaal, MAN Truck & Bus, MAN Turbo dan MAN Diesel.

* Mei

n Proton Holdings Bhd. mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM162 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu berbanding kerugian RM618 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

- Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles, California.

- Jun

* Proton dan Perodua antara enam syarikat tempatan yang menerima Anugerah Automotif ASEAN Frost & Sullivan 2008 menerusi kereta Proton Persona dan model Perodua Viva yang diiktiraf sebagai Model Terbaik Bagi Nilai Wang.

- Julai

* Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan jumlah keseluruhan industri (TIV) kenderaan baru meningkat 25.9 peratus kepada 277,973 bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan jualan kenderaan penumpang berjumlah 254,252 buah dalam tempoh itu berdasarkan aliran semasa pengguna terhadap kereta kompak dan enjin lebih kecil.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memandu uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan oleh anak syarikat Proton di United Kingdom.

* Firma pengeluar motor terkemuka dunia, Harley Davidson meraikan ulang tahun ke-105 pada 11 Julai semenjak William S. Harley dan Arthur Davidson berjaya mencipta enjin kecil berasaskan tenaga kayuhan penunggang kenderaan beroda dua di Milwaukee, Amerika Syarikat (AS).

* Proton Holdings Bhd. (Proton) melancarkan model Persona di Indonesia dengan model berkenaan akan dikenali sebagai Gen.2 Persona iaitu model kelima Proton di pasaran Indonesia.

- Ogos

n Proton Holdings Bhd. (Proton) yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM58.7 juta pada suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008 memeterai perjanjian dengan Saipa Co. dari Iran (Saipa) untuk bekerjasama mencari peluang baru dalam bidang pengilangan mesin, pembangunan model serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

* Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan pengeluaran kereta Proton ke-3,000,000 buah.

* Jualan kenderaan penumpang jatuh sebanyak 319 unit berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

- Disember

* Presiden AS, George W. Bush meluluskan pinjaman kecemasan berjumlah AS$17.4 bilion (RM59.3 bilion) untuk menyelamatkan industri automotif negara kuasa dunia itu.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url