Mas AF gila?


Kecoh apabila bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) Mas atau nama sebenarnya Asma Ghani, 27, dibawa ke unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3 Februari lalu kerana didakwa mengalami tekanan perasaan.

Puncanya apabila Mas membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, kerana mendakwa syarikat rakaman Maestro Records tidak menerbitkan albumnya.

Ketika di Balai Polis itu, Mas tidak mahu menandatangani laporan tersebut sebaliknya membuat kacau dan mengamuk di hadapan sebahagian anggota polis bertugas.

Situasi tersebut yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi menyebabkan anggota polis terpaksa menghantar Mas ke HKL untuk mendapatkan rawatan.

Pada Khamis lalu, sekumpulan wartawan dimaklumkan Mas mahu membuat kenyataan berhubung penahanannya di wad berkenaan dan ingin berjumpa dengan Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez.

Bagaimanapun ketika tiba di wad terbabit, pihak hospital memaklumkan kononnya Mas enggan bertemu dengan sesiapa termasuklah media.

Ada yang berkata punca Mas, ibu tunggal kepada dua anak berusia 11 dan 8 tahun itu tertekan ialah kerana putus cinta dengan kekasihnya seorang pelakon baru, Shahrul Azman Mohd. Shahril, 36, atau Rock.

Pelakon itu turut menafikan berlakunya perselisihan faham di antara mereka menyebabkan emosi Mas terganggu. Sebaliknya kata Rock, Mas sebenarnya mengalami tekanan emosi atas sebab-sebab lain yang dia sendiri tidak dapat memberi penjelasan.

Bagaimanapun katanya, beberapa hari sebelum kejadian itu dia pernah menasihati Mas agar pulang ke kampungnya di Tawau, Sabah untuk meneruskan kehidupan. Tetapi Mas tidak mahu berbuat demikian sehinggalah dia mengamuk di dalam balai polis tersebut.

Sebagai kekasih, Rock kesal kerana dia sendiri tidak dibenarkan bertemu dengan Mas oleh pihak HKL untuk mengetahui keadaan diri wanita itu.

Malah dia juga menolak kekasihnya itu sudah "gila" sedangkan semasa hari pertama mendapatkan rawatan Mas mendesak untuk keluar dari wad tersebut kerana dia bukan orang gila seperti yang disangkakan.

"Dia tak gila. Saya kenal perangai dia. Memang dia tak gila. Saya nak bawa dia keluar dari hospital ini," kata Rock semasa dikerumuni sekumpulan wartawan petang Khamis lalu.

Laporan sebelum ini ada menyebut ketika berada di balai polis Mas dilihat bercakap seorang diri termasuk dengan ikan-ikan yang dipelihara di dalam akuarium balai polis berkenaan.

Sementara itu Freddie menolak dakwaan bahawa disebabkan kerana ketiadaan album, Mas mengalami tekanan sehingga terpaksa diletakkan di bawah pengawasan Unit Psikiatri.

Malah kontrak Mas dengan Maestro juga sebenarnya sudah tamat pada tahun lalu iaitu tiga tahun selepas dia keluar dari AF2.

Ujar Freddie, syarikat rakaman Maestro tetap prihatin dan bersimpati dengan nasib Mas sehinggalah mereka berusaha menghasilkan album mini memuatkan lima buah lagu yang diterbitkan Joe Wings.

"Pihak kami sudah merancang untuk menghasilkan album mini untuk dia. Sekarang ini dalam proses rakaman akhir," katanya.

Freddie juga menolak dakwaan bahawa syarikatnya bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku itu sebaliknya berkata pihak Maestro turut memberi ruang kepadanya memenuhi beberapa undangan pertunjukan pentas sebelum ini.

Bagaimanapun, Maestro tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya penganjur sesebuah pertunjukan tidak mahu mengambilnya untuk menyertai persembahan tersebut.

"Bila orang tak nak ambil seseorang artis itu untuk buat persembahan, jangan salahkan kami?

"Jangan kerana dia masuk hospital jiwa nak salahkan Maestro sedangkan kontraknya sudah lama tamat," kata Freddie.

Album mini Mas dijangka akan dipasarkan pada tahun ini yang turut menggandingkan dia dengan Shamrin (Fotograf) bagi lagu duet berjudul Titik Pertemuan.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 12 Februari 2009 pada 12:56:00 PTG SGT

    kenapalah version ni lain bebenor dari cerita asalnya... takde creativity langsung. Bro, buat cerita tu biorlah dari fact yang betul. Jangan main tembak jer. Apa yang kami nengok Freddie spoke to reportes dalam TV tu pon lain version dia..... camner ni... klu lain version dan salah... bukan ker fitnah namanye... kan ker dosa tu.... astaqfirrullah....

Add Comment
comment url