Penyokong bolasepak Kelantan merusuh
Membakar kereta, memecahkan cermin, merusuh - itulah antara aksi yang dapat disaksikan pada perlawanan Piala FA di sini malam tadi hanya disebabkan pasukan negeri mereka kalah lagi.
Seolah-olah Kelantan dalam keadaan darurat, penyokong Kelantan 'menggila' dengan mencetuskan rusuhan hanya disebabkan skuad Wira Merah sekali lagi tewas kepada Negeri Sembilan 0-1 di Stadium Sultan Mohammed ke-IV dalam perlawanan panas separuh akhir pertama piala FA yang sarat dengan kekasaran malam tadi.
Kali ini sejurus selepas perlawanan yang dikawal ketat, pihak polis pula menjadi sasaran mereka di luar stadium apabila kenderaan pihak berkuasa terbabit diterbalikkan dan dibakar!
Bukan hanya kenderaan polis, kereta milik Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa tidak terkecuali dirosakkan manakala 10 kereta turut menerima nasib yang sama.
Tidak cukup dengan itu, cermin pintu masuk stadium turut dirosakkan dibaling dengan batu.
Pihak polis yang berusaha mengawal keadaan di tengah hiruk-pikuk penyokong Kelantan akhirnya terpaksa melepaskan gas pemedih mata kira-kira pukul 12 malam tadi selepas perusuh enggan bersurai.
Annuar Musa bersama para pegawai, pemain skuad negeri dan Negeri Sembilan terpaksa berkurang dalam kawasan stadium sehingga lewat tengah malam.
Difahamkan hampir 300 orang anggota polis termasuk Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan bagi mengawal perlawanan itu. Setakat ini difahamkan tiada tangkapan dibuat.
Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan membuktikan mereka sebenarnya pasukan yang lebih baik berbanding Kelantan dengan menewaskan pasukan tuah rumah 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA malam tadi.
Gol tunggal jaringan Mohd. Zaquan Adha Radzak di minit ketujuh separuh masa pertama berjaya menumpaskan Halim Napi untuk memberi kemenangan kepada pasukan pelawat.
Ini merupakan kemenangan kedua dalam tempoh seminggu bagi pasukan pelawat itu setelah sebelum ini memalukan Kelantan dengan meleburkan rekod tanpa kalahnya di gelanggang sendiri dalam perlawanan Liga Super Selasa lalu.
Negeri Sembilan yang ditunjangi pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Rizal Zamri Yahya, Idris Karim menyesakkan nafas Kelantan yang mengimpikan peluang untuk mencipta sejarah bukan sahaja beraksi di peringkat separuh akhir tetapi bagi menjulang Piala FA.
- UTUSAN
Kalo berani buat la kat johor perangai mcm tu..:)
haha..buat kat pahang gak.
ape la diorg nie. tk leh terima kekalahan plak.
eh!! bkn klantan negri alim2 ke?
ape dah jadi ni. nak jadi hooligan plak.
adoii!! pening nik aziz nanti
anak muda
fanatik dengan bola
ini baru cool!.. mcm penyokong2 bola di britain. gado2 dan bunuh2 siap.. hehe
cett...Anonymous(takut letak nama kot) mencabar la tu konon..mcm la johor hebat sgt..
hye, im mr. Jay pn sama gak..kalo berani nk cabar gi cabar kat forum penyokong kelantan.. kat http://kelate.net
Rilek la eye10 n anonymous..don't emosi!!.aku pun kturunan kelate johor gak..tp xde la emosi mcm 2..ok bro skrg klate jhor dah bole hdup sama2 ape?xde problem..cuma sikap individu 2 sndri macam mana.. x kira la dia dari negeri mana.HUH!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
bukan la emosi..tp cara anonymous & Mr Jay tu mcm kononnya johor & pahang tu hebat la konon..siap cabar2 tu..so aku cuma bg cadangan supaya melayangkan cabaran mereka tu ke saluran yg betul..kalo takat cabar kat sini mcm baling batu sembunyi tangan..pengecut gtu kan?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aku pelik la dengan perangai org kelantan ni.. diaorg stress ke dgn kehidupan diaorg kat sana...?
Stress & kecewa dengan kehidupan rakyat malaysia kot..hahahahahaha
rakyat malaysia yang lain ok je..
nate apo gak dok ngato ko negeri aku...
kalu brani...bli tiket mari kelate...
kte tgk sapo gak wak brani...
bo kecek dale nih dok kejantanan ore oyak...
kawe anok jati kelate...