Saiful saman penulis pahangdaily.com, tuntut RM2 juta


Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang sebelum ini mendakwa telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memfailkan writ saman ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel berunsur memfitnah dan jahat.

Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Bagaimanapun ketika ditanya siapa penulis laman blog berkenaan saiful enggan mendedahkannya.

Saiful tiba di mahkamah pada pukul 2.30 petang dengan ditemani ayahnya Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamri Idrus.

"Biar kami serahkan writ saman ini kepada penulis dahulu.

"Kami tidak boleh dedahkannya sekarang.Saya akan susulkan dengan satu lagi sidang akhbar. Insya-Allah," kata Saiful kepada pemberita selepas memfailkan writ saman berkenaan di sini.

Dalam writ saman tersebut, Saiful mengemukakan tuntutan ganti rugi am sebanyak RM2juta daripada penulis blog berkenaan kerana memfitnahnya.

Pada 3 Mac lalu, Saiful membuat laporan polis terhadap blog berkenaan yang didakwa mengeluarkan enam artikel berunsur memfitnah dan berniat jahat terhadapnya.

Blog itu mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Kes itu telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 1 hingga 24 Julai untuk perbicaraan dakwaan kes liwat tersebut.

Perbicaraan akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan secara rasminya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen semalam walaupun mendapat bantahan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.

Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Saiful akan saman lebih ramai penulis laman blog

Mohd. Saiful Bukhari Azlan, berkata dia akan menyaman beberapa penulis laman blog yang menyiarkan artikel yang memfitnah dan berniat jahat terhadapnya.

"Kami menunggu masa yang sesuai untuk itu (tindakan saman).Banyak lagi saman-saman akan menyusul selepas ini.

"Terlalu banyak tohmahan dan pembohongan besar yang dilemparkan kepada ke atas saya. Setakat ini kami hanya bersabar kerana kami merancang pelbagai tindakan yang akan diambil," katanya.

Bagaimanapun, Saiful berkata saman itu akan difailkan selepas perbicaraan kes liwatnya selesai.

Jelasnya, saman terhadap penulis laman blog lain tidak dapat dilakukan sekarang kerana ia menyentuh mengenai kes kejadian liwat yang akan dibicarakan Jun depan.

"Saya tak dapat lakukan sekarang kerana tak mahu menggangu perbicaraan.Kebanyakan artikel yang disiarkan menyentuh mengenai kejadian pada 26 Jun tahun lalu," katanya.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Kes itu telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 1 hingga 24 Julai untuk perbicaraan dakwaan kes liwat tersebut.

Hari ini Saiful memfailkan writ saman terhadap penulis laman blog Pahangdaily.blogspot.com kerana artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Dalam writ saman tersebut, Saiful mengemukakan tuntutan ganti rugi am sebanyak RM2juta daripada penulis blog berkenaan kerana memfitnahnya.

Pada 3 Mac lalu, Saiful membuat laporan polis terhadap blog berkenaan yang didakwa mengeluarkan enam artikel berunsur memfitnah dan berniat jahat terhadapnya.

Blog itu mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum ini.

- MSTAR
Next Post Previous Post
1 Comments
  • mrs shaifull
    mrs shaifull Jumaat, 24 April 2009 pada 8:07:00 PG SGT

    kenapalah nak fitnah org plak, gunakan blog utk kepentingan politik, mcm2 hal lah.

Add Comment
comment url