Top Ad 728x90

,

SPR akhirnya luluskan logo parti PSM


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akhirnya meluluskan logo Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berupa lambang 'genggaman tangan' sebelah kiri.

Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim berkata, pihaknya dimaklumkan oleh SPR mengenai kelulusan itu melalui surat bertarikh 20 April 2009.

Katanya, penggunaan lambang itu diluluskan dalam mesyuarat SPR pada 15 April lalu.

Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara, Selangor berkata, PSM PSM mengalu-alukan keputusan SPR itu.


"PSM berpendirian bahawa perjuangannyanya yang berterusan dan berani selama 11 tahun, merupakan inti kepada kejayan parti ini," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

PSM telah mendapat pendaftaran di bawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 pada 19 Ogos tahun lalu, setelah sepuluh tahun berjuang, termasuk membawa kes itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, SPR sebelum ini tidak mahu mendaftar lambang PSM dan antara sebabnya adalah lambang tersebut merupakan simbol kekerasan dan tidak bermoral.

Berikutan itu, PSM telah menghantar memorandum kepada SPR bertarikh 19 Mac lalu, kerana tidak puas hati dengan tindakan SPR itu yang didakwa memberikan alasan yang tidak kukuh untuk mempertikaikan simbol parti itu.

- MALAYSIAKINI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90