Keputusan biasiswa luar negara JPA pada 8 Mei 2009

Keputusan pelajar yang layak untuk menerima biasiswa program ijazah luar negara (PILN) akan disiarkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), http://esila.gov.my mulai esok.

JPA, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan seramai 8,363 orang calon telah ditemuduga daripada 15,084 calon yang memohon biasiswa itu dari 31 Mac sehingga 3 April lalu.

Hanya 2,000 orang pelajar akan ditawarkan biasiswa untuk mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang pengajian yang ditetapkan kerajaan.

Berikutan tempat terhad di luar negara terutama dalam bidang kritikal, JPA turut menyediakan 2,000 biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam negara.

Calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian mulai 8 Mei hingga 18 Mei.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 8 Mei 2009 pada 7:20:00 PTG SGT

    sedang tunggu dari pukul 12 tengah hari sampai 7.30 malam masih tak keluar-keluar lagi keputusan ! (harap-haram dapatlah saya diterima :))

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 8 Mei 2009 pada 10:12:00 PTG SGT

    Sampai sekarang tak keluar keputusan. masalah, masalah. (10.12 malam)

Add Comment
comment url