4 musim dalam 1 restoran
Mahu mencari sesuatu kelainan bersama keluarga anda pada hujung minggu? Mahu menikmati suasana empat musim dalam satu bangunan? Semuanya boleh ditunaikan sekiranya anda kunjungi Restoran Four Happy Seasons. Pasti keluarga anda teruja dengan situasi itu.
Kali pertama menjejaki premis itu anda dapat rasakan aura gembira menyelubungi. Ia berdasarkan warna - musim bunga (hijau), panas (merah), luruh
(coklat) dan sejuk (putih).
Menggunakan konsep moden, pengunjung pasti tidak akan melepaskan peluang menjamu mata dengan hiasan dekorasi, lampu, lukisan dinding yang dipersembahkan sebelum mengisi perut.
Pelanggan juga ditawarkan 101 menu masakan pelbagai rasa, warna dan persembahan yang disediakan oleh 12 orang chef yang berpengalaman.
Halal
Kuisin barat, China, Vietnam, Jepun, Indonesia dan tempatan dihimpunkan dalam restoran yang mendapat jaminan halal daripada Pusat Penyelidikan Makanan Islam Asia (IFRCA).
Menurut Pengurus Pemasaran, Shahreezal Datuk Mohd. Radzi, Restoran Happy Four Seasons menawarkan menu yang menyelerakan dalam setiap hidangan meliputi makanan tengah hari, hi tea, makan malam dan supper.
Antara menu yang ditawarkan adalah baked potato with chicken and mushroom, sushi roll with wasabi dressing, chinese BBQ duck spring, Thai fried rice, Balinese grilled seafood spaghetti dan Season's special fried vermicelli dengan harga berpatutan.
''Tidak keterlaluan untuk dikata, pengunjung dapat merasakan suasana lima bintang dengan harga tiga bintang sekiranya mereka menikmati sajian di restoran ini," katanya dalam pertemuan Rabu lalu.
Contohnya untuk sajian tengah hari, Restoran Happy Four Seasons menawarkan tiga jenis makanan pembuka selera ditambah dengan pencuci mulut, minuman dan makanan utama dengan harga bermula RM7.90 hingga RM15.90.
Untuk promosi berkenaan, pengunjung boleh memilih masakan tempatan atau barat seperti mana yang terdapat pada menu yang dipamerkan oleh pelayan.
Restoran Four Happy Seasons juga mempunyai kapisiti untuk menyediakan tempahan makanan, kemudahan wifi, bilik persidangan untuk mesyuarat atau majlis keraian yang terletak di tingkat tiga bangunan berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.4happyseasons.com, emel di info@4happyseasons.com atau menelefon restoran di talian 03-41427171 untuk sebarang tempahan.