Masalah peribadi kerabat Kelantan
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata pihak istana sedang memerhati dan meneliti perkara itu dan sebarang kenyataan yang dikeluarkan sahabat akrab Tengku Temenggong, Mohd Soberi Shafii adalah bersifat peribadi.
"Kenyataan Mohd Saberi adalah pendapat peribadi beliau selaku sahabat Tengku Temenggong, bukan kenyataan rasmi pihak istana atau pejabat Sultan Kelantan.
"Saya berharap rakyat khususnya di negeri Kelantan dapat memahami keadaan Sultan Kelantan yang masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura serta mendoakan kesihatan baginda," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kisah bekas model itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik Indonesia sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif.
Berita mengenai Manohara, 17, yang melarikan diri daripada suaminya ketika di Singapura, baru-baru ini mendapat liputan meluas akhbar di Indonesia.
Manohara yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh suaminya, turut menjadi berita utama 10 stesen televisyen swasta yang menyiarkan sidang media dan wawancara dengannya sekembali ke Jakarta.
- BERITA HARIAN