Mencantikkan rambut dengan cream bath

Rambut merupakan mahkota wanita yang sewajarnya dijaga dengan baik agar terus sihat. Rambut yang tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan pelbagai masalah yang boleh mengganggu kehidupan seperti kelemumur, keguguran rambut, rambut menipis, botak, rambut kering, sukar diurus, tidak berseri dan sebagainya.

Terdapat banyak rawatan bagi mempastikan rambut terus sihat. Ada yang memilih cara tradisional bagi menjaga kesihatan rambut dan ada juga yang memilih cara moden untuk mendapatkan rambut yang bersinar bak benang sutera.

Satu daripada perawatan rambut tradisional yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini ialah cream bath.

Perawatan rambut ini telah diamalkan lama dahulu di Indonesia dan kini dihidupkan semula di spa dan salun yang mengikut konsep perawatan dari negara jiran ini.

Perawatan rambut cream bath sesuai bagi merawat masalah rambut kering, gugur, berkelemumur, melancarkan perjalanan darah di kepala dan menyihatkan helaian rambut.

Menggunakan bahan-bahan asas daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan seperti lobak merah, ginseng, avokado, lidah buaya, buah keras dan limau nipis, rambut akan dicuci terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan bagi menghilangkan minyak dan kotoran yang melekat pada rambut.

Selepas itu, kulit kepala akan diurut bermula daripada atas hingga ke bawah kepala sambil kulit kepala dipicit-picit. Urutan ini dapat membantu menghilangkan migrain dan tekanan yang dihadapi oleh kebanyakan warga kota.

Selesai urutan, rambut diwap selama 10 minit bagi melembutkan rambut dan kulit kepala. Kemudian rambut akan dicuci sekali lagi bagi menyegarkan kulit kepala.

Akhir sekali, bahu pelanggan akan diurut perlahan bagi memulihkan semula kesegaran setelah satu setengah jam dirawat. Rambut yang baru dicuci tadi pula akan dikeringkan dan pelanggan pulang dengan rambut yang bersih, wangi dan bersinar.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url