Mimpi Ngeri - Ludah ke kiri tiga kali

Mimpi dialami semua orang. Bezanya ada yang mengalami mimpi baik dan buruk. Mimpi buruk kadangkala menghantui hidup seseorang, lebih-lebih lagi ia menggambarkan keadaan yang mengerikan dan menakutkan.

Justeru, bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah bertindak seperti berikut:

# Meludah ke kirinya tiga kali.

# Meminta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan mimpinya yang dahsyat, tiga kali.

# Membalikkan tubuh (mengubah kedudukan).

# Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.

# Mengambil wuduk dan bersolat, sekiranya mahu.

Berhubung dengan mimpi, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang mendengarnya." (Hadis Riwayat Muslim)
Next Post Previous Post
2 Comments
  • Pontianak Degil
    Pontianak Degil Khamis, 11 Jun 2009 pada 12:01:00 PG SGT

    :( Tak nak cite la.

  • Nash Taj (^_^)
    Nash Taj (^_^) Khamis, 11 Jun 2009 pada 9:15:00 PG SGT

    kalo t'cter kt org apa akibat nye...????

Add Comment
comment url