Malaysia antara 10 negara teratas mampu tangani krisis

Malaysia antara 10 negara teratas yang dijangka mampu mengharungi krisis kewangan global, manakala India berada pada tempat ketiga, demikian satu kaji selidik perniagaan antarabangsa di New Delhi, India.

Servcorp International menemu bual 7,500 ahli perniagaan di seluruh dunia untuk mendapatkan pandangan mengenai kesan kemelesetan ekonomi dan pengetahuan mereka mengenai negara yang paling berjaya bakal mengharungi kegawatan kewangan.

Malaysia, bersama-sama Sweden dan Vietnam, disenaraikan pada kedudukan ke-10 sebagai negara yang dijangka dapat mengharungi krisis ekonomi.

Australia berada pada senarai teratas, diikuti China di tempat kedua, manakala India dan Singapura pada tempat ketiga dan keempat.

Hong Kong dan Kanada pula masing-masing ditempatkan pada tempat kelima dan keenam.

Bagaimanapun, negara maju seperti England, Jerman, Belanda, Taiwan dan Amerika Syarikat berada pada kedudukan lebih rendah dalam kaji selidik itu.

Kaji Selidik keyakinan Perniagaan Servcorp International itu dilakukan di seluruh dunia pada April lalu, untuk tempoh selama dua minggu dengan membabitkan 24 negara.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url