Kad Kahwin Ayu Raudhah & Zaquan Mula Diedar, Kahwin 21 Jan 2011
Ikatan pertunangan antara pelakon Ayu Raudhah, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, yang berlangsung pada 17 Oktober 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.
Ayu menjangkakan kira-kira 600 hingga 700 orang akan di undang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.
Pasangan itu mula mengedarkan kad perkahwinan berwarna kelabu kepada pihak media bermula Selasa lalu.
MStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna kelabu. Di luarnya diikat dengan riben berwarna merah jambu sambil tertera nama Zaquan dan Ayu dengan lambang hati. Ia menandakan kasih sayang dan gelojak cinta mereka yang disimpul utuh.
Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.
Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.
- MSTAR