Motorola DEFY - Kalis air dan kalis calar
Setelah sekian lama menghilang, Motorola Inc menerusi subsidarinya Motorola Mobility mengumumkan pelancaran telefon pintar Motorola DEFY di negara ini.
Telefon pintar DEFY nipis dengan aplikasi android bersaiz poket, dilengkapi dengan keupayaan perayauan Web termaju serta paparan skrin sentuh resolusi tinggi 3.7 inci yang menyediakan paparan hujung ke hujung bagi bagi foto kegemaran, video dan laman sesawang.
Jangan bimbang jika Motorola DEFY tertumpah minuman, terpercik air di kolam renang atau terjatuh di dalam pasir pantai kerana telefon pintar ini kalis air, kalis calar dan kalis debu.
Ia juga menampilkan paparan yang lebar, diperbuat daripada Corning Gorilla Glass yang dapat mengatasi impak kesan calar.
CrystalTalk PLUS dapat mengurangkan persekitaran bunyi bising dengan dua mikrofon yang menapis persekitaran bising secara pintar dan pengguna tidak perlu menjerit.
Pengarah Jualan Serantau Kanan Motorola Mobiliti bagi Asia Tenggara, Robert van Tilburg berkata, DEFY direka khusus bagi menguruskan apa saja yang berkaitan dengan gaya hidup aktif.
"Dengan semua ciri yang diimpikan oleh pelanggan dalam telefon pintar, DEFY mengumpulkan perayauan sesawang termaju, hiburan dan keupayaan menghantar mesej selain reka bentuk yang dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian dan pengguna boleh membawanya ke mana saja," katanya semasa majlis pelancaran Motorola DEFY di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Adobe Flash Lite membolehkan perayauan dan skrin 3.7 inci WVGA membenarkan pengguna untuk melihat lebih lagi berbanding perayauan piawaian.
Pengguna juga boleh mencipta hiburan sendiri dengan kamera 5-megapiksel yang dilengkapi dengan flash, digital zoom dan auto fokus yang membenarkan pengguna merakam aktiviti terkini dalam kehidupan.
DEFY merupakan Digital Living Network Alliance (DLNA) yang membenarkan tontonan video, menyimpan dan berkongsi kandungan dengan peralatan yang sesuai di rumah seperti HDTV, permainan konsol dan komputer peribadi.
DEFY juga bertindak sebagai hotspot mudah alih 3G bagi membenarkan hubungan sehingga lima peralatan serasi WiFi bagi membolehkan pengguna berhubung di mana saja.
Connected Music Player pula membawa lirik lagu kepada lagu terpilih dan membolehkan pengguna meneroka, mengenal pasti muzik terus daripada Motorola DEFY.
Pengguna boleh memilih lebih daripada 100,000 aplikasi, widget dan permainan di Pasaran Android dan menikmati akses kepada perkhidmatan Google termasuk Google Search, Google Maps dan Gmail.
Motorola DEFY akan berada di pasaran sebelum perayaan Krismas di semua Pusat Maxis seluruh negara, Rakan Eksklusif Maxis serta peruncit berhampiran pada harga runcit RM1,599.
Bagi pakej Maxis, pengguna boleh mendapat DEFY dengan harga serendah RM999 dengan Maxis Value Packet Plus dan perkhidmatan data.
DEFY diedarkan oleh Brightstar Distribution Sdn Bhd.
- UTUSAN