Top Ad 728x90

,

Pahang tanggung tiket ke Mesir

Kerajaan negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos tiket kapal terbang 400 pelajar negeri itu yang bakal pulang menyambung pengajian di Mesir selepas krisis politik negara berkenaan kembali pulih.

Selain itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri turut menyumbang wang tunai RM500 kepada para pelajar terbabit sebagai perbelanjaan mereka.

Beliau berkata, bantuan tersebut diberikan kepada semua pelajar terbabit walaupun kerajaan negeri hanya menaja 200 penuntut di bawah Yayasan Pahang manakala selebihnya pelajar persendirian.

Katanya, pemberian tersebut tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

"Kerajaan negeri prihatin dengan masalah yang dihadapi pelajar dan akan membiayai sepenuhnya tambang balik pelajar terbabit ke Mesir bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian apabila keadaan di negara itu kembali stabil," katanya di sini semalam.

Sebanyak 8,341 pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid ketika negara tersebut mengalami pergolakan politik baru-baru ini.

Kosmo! difahamkan, harga tiket sehala bagi penerbangan Gulf Air dari Kuala Lumpur ke Kaherah, Mesir ialah RM2,158, Emirates sebanyak RM3,058 manakala Egypt Air sebanyak RM2,014.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90