Program 3P Pahang tawar 3,000 peluang kerja 19 - 20 Feb 2011
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Pahang Wan Zulkfli Wan Setapa berkata program selama dua hari itu akan disertai 14 majikan di Pahang dan selebihnya majikan dari luar Pahang.
"Program dua hari itu dijangka menarik lebih 5,000 orang, ia melibatkan majikan daripada jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta.
"Menerusi program itu juga, pelbagai program termasuk penerangan cara-cara menghadapi temuduga akan turut diadakan selain taklimat oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengenai perjawatan dalam kerajaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata sebanyak 332 daripada jawatan kosong itu adalah untuk siswazah.
Wan Zulkifli berkata mengikut bilangan terkini pendaftaran pencari kerja di Pahang, terdapat 25,093 orang dengan bilangan siswazah paling tinggi iaitu 13,561 orang berbanding bukan siswazah seramai 11,532 orang.
"Pada tahun lepas, JTK Pahang berjaya menempatkan 7,912 orang yang mendaftar mencari kerja daripada kira-kira 15,000 orang yang mendaftar dengan JTK Pahang,” katanya.
- Bernama