Top Ad 728x90

RM4 bilion wang tidak dituntut

Lebih RM4 bilion wang yang tidak dituntut oleh pemilik masih dipegang Unit Perbendaharaan, Bank Negara berikutan kegagalan waris mereka membuat tuntutan sehingga hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang berkenaan diserahkan kepada Perbendaharaan oleh pelbagai institusi kewangan di negara ini apabila akaun simpanan individu tidak aktif melebihi tempoh lima tahun.

Beliau berkata, wang itu dihantar ke unit berkenaan selepas pengurusan institusi kewangan menghantar notis kepada pemilik akaun simpanan bagi memaklumkan mereka supaya menuntut semula atau mengaktifkan urus niaga kewangan yang beku melebihi tempoh lima tahun tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Bagaimanapun, katanya, pewaris masih boleh membuat tuntutan mendapatkan wang berkenaan menerusi Pejabat Akauntan Bank Negara di setiap negeri dengan mengemukakan beberapa dokumen penting seperti surat pendaftaran kematian dan buku akaun simpanan wang untuk dipertimbangkan.

“Wang itu terkumpul daripada pelbagai sumber terutama hasil keuntungan bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak dituntut pemegang akaun.

“Kegagalan membuat tuntutan mungkin disebabkan masalah kesukaran menguruskan pembahagian pusaka atau pewaris menganggap jumlah wang yang sedikit dan sukar diagihkan kepada waris yang ramai sehingga mereka mengambil keputusan mengabaikan usaha menuntutnya daripada institusi kewangan atau bank,” katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90